Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Stranger’ Ketuk Cermin Kereta Dan Minta RM2, Situasi Cemas Wanita Ini Buat Netizen Bimbang

today2 June 2022

Background

Apa yang anda rasa dan akan lakukan jika tiba-tiba anda didatangi oleh individu tidak dikenali? Mesti anda akan berasa cuak, bukan?

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @nuyuaienn telah berkongsi detik cemas yang dialaminya apabila seorang lelaki tidak dikenali telah mengetuk cermin kereta miliknya dan seperti meminta RM2 daripadanya.

@nuyuaienn

Scary dh la sorang2 dlm keta 😫

♬ original sound – Nuyu Aien – Nuyu Aien

Menurutnya, kejadian tersebut berlaku ketika dirinya sedang menunggu ketibaan suaminya di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang, Selangor.

Tambahnya, dia tergerak hati untuk mengunci pintu sebaik lelaki itu hadir dan disebabkan cermin keretanya tinted maka orang luar tidak dapat melihat ke dalam kereta dari jauh. Lelaki tersebut beredar selepas dia membunyikan hon untuk menarik perhatian orang ramai.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen turut berasa takut dengan situasi yang dialami wanita terbabit. Malah, ada juga netizen yang berkongsi pernah mengalami pengalaman didatangi orang tidak dikenali seperti itu.

Segelintir netizen turut mendakwa bahawa ia mungkin antara taktik untuk cuba memukau tetapi tidak berjaya apabila dia membunyikan hon kereta. Rata-rata netizen menasihati wanita di luar sana yang memandu secara berseorangan untuk sentiasa berhati-hati agar tidak berlaku perkara buruk.

Written by: Mimieyuzi


Previous post