PETALING JAYA: Serangan balas antara dua bekas Perdana Menteri, Najib Razak dan Muhyiddin Yassin di media sosial dijangka akan membawa padah kepada Bersatu menjelang pilihan raya negeri (PRN) Johor, kata penganalisis politik.
Felo Kanan Akademi Nusantara (Penyelidikan Strategik) Azmi Hassan berkata, Muhyiddin seharusnya tidak membalas serangan peribadi terhadap Najib, kerana “strategi pembunuhan karakter” oleh kedua-dua pemimpin ini akan membuatkan Bersatu menerima mudarat lebih berat.
Katanya, ini kerana Bersatu sangat sinonim dengan Muhyiddin dan Presiden Bersatu itu pula “amat dekat” dengan Johor.
“Negatif lebih banyak menyondong kepada Bersatu berbanding Umno kerana Bersatu sinonim dengan Muhyiddin dan…