Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Strategi, kerjasama dan hala tuju jelas penting untuk masa depan Umno

today2 May 2026

Background


salleh said
Salleh Said Keruak berkata Umno perlu menilai semula peranannya di Sabah dan memberi fokus kepada kerjasama bagi mengelakkan perpecahan sokongan. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:

Bendahari Umno Sabah Salleh Said Keruak berkata strategi, kerjasama dan hala tuju yang jelas adalah penting untuk menjamin masa depan parti tersebut.

Mengulas ucapan Naib Presiden Umno Johari Ghani supaya ahli terima hakikat bahawa parti itu bukan lagi kuasa dominan, Salleh berkata kenyataan tersebut tepat dan bertepatan dengan masa.

“Bergantung kepada kejayaan lalu tidak lagi memadai. Umno perlu melihat ke hadapan dan membuat keputusan berdasarkan realiti politik semasa.

“Yang penting kini ialah strategi, kerjasama dan hala tuju yang jelas,” katanya di Facebook.

Bekas ketua menteri Sabah itu turut berkata perkara itu lebih penting di Sabah.

Beliau turut mengimbau waktu Umno berkembang ke negeri Borneo itu atas jemputan Presiden Usno ketika itu, Mustapha Harun untuk menyatupadukan Bumiputera Islam…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post