
Keterbukaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim memenuhi aspirasi sah petroleum Sarawak menjadi alasan kukuh negeri itu untuk menyokong laluan rundingannya, kata seorang penganalisis.
Samirul Ariff Othman berkata, kesediaan Putrajaya meluaskan peranan operasi Petroleum Sarawak Bhd (Petros) memberi kepastian jauh lebih besar kepada Sarawak mengenai bekalan gas domestik, antara faktor penting memacu pertumbuhan industrinya.
Samirul, yang juga profesor adjung di Universiti Teknologi Petronas, berkata kelonggaran ditawarkan Anwar sepatutnya membuka jalan kepada penerusan penglibatan membina semua pihak ke arah aturan petroleum adil dan mampan.
“Pentadbiran sedia ada menunjukkan ia bersedia mencari jalan tengah yang munasabah antara aspirasi Sarawak dan keperluan mengekalkan Petronas sebagai…