
KUALA LUMPUR: Satu moratorium jangka pendek telah dikeluarkan untuk menghalang sebarang struktur pentas berkait persediaan konsert dipasang di padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sehingga keadaan rumput mencapai tahap yang baik.
Menurut Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), moratorium itu dikeluarkan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh susulan mesyuarat pascanilai pada 1 April lepas.
Mesyuarat yang dipengerusikan Ahli Lembaga Pengarah PSM Windsor John itu membincangkan keadaan padang Stadium Nasional ketika perlawanan Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 antara Malaysia dan Oman bulan lepas.
“Susulan hasil pascanilai itu, Yeoh mengeluarkan moratorium jangka pendek untuk menghalang sebarang pemasangan struktur pentas yang melibatkan persediaan konsert di atas rumput sehingga…