Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

SU Agung MIC letak jawatan, kata sumber

today17 November 2026

Background


Setiausaha Agung MIC S Ananthan
S Ananthan pernah menjadi pengerusi MIC Kedah, senator, dan setiausaha politik kepada bekas perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:

Setiausaha Agung MIC S Ananthan meletakkan jawatan hari ini.

Sumber MIC yang minta tidak dinamakan memberitahu FMT bahawa keputusan Ananthan untuk berundur adalah atas sebab peribadi.

Ananthan dilantik ke jawatan itu pada Ogos 2024 susulan keputusan Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC, menggantikan RT Rajasekaran.

Pelantikan diumumkan oleh Presiden SA Vigneswaran, yang menyifatkan perubahan kepimpinan ketika itu sebagai sebahagian daripada usaha untuk memberi peluang kepada ahli memikul tanggungjawab lebih besar.

Ananthan pernah menjadi pengerusi MIC Kedah, senator, dan setiausaha politik kepada bekas perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob.

FMT sedang mendapatkan komen Ananthan dan Vigneswaran.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Elill Easwaran


Previous post

Sukan

B-17 negara mengamuk, Guam dibelasah 10-0

Kuala Lumpur: Skuad bawah 17 tahun (B-17) negara meneruskan rentak cemerlang dalam kempen Kelayakan Piala Asia B-17 apabila membelasah Guam 10-0 dalam aksi kedua, malam ini dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, sebentar tadi.

today17 November 2026