
LAHAD DATU: Isteri antara empat individu ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh lelaki tempatan berusia 51 tahun di sebuah simpang di Batu 3, Jalan POIC, Khamis lalu.
Timbalan Ketua Polis Lahad Datu, Jimmy Panyau, berkata pihaknya menerima laporan daripada isteri mangsa pada 12.43 tengah hari dengan mendakwa suaminya meninggal dunia dipercayai dibunuh.
Menurutnya, pemeriksaan lanjut ke atas mangsa mendapati terdapat kesan kesan tikaman di dagu sebelah kanan, tetakan di belakang kepala, dan dahi kiri serta lebam di dada kanan, bahagian belakang, dan pinggang.
“Mayat terbabit kemudian dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Lahad Datu untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian mangsa,” katanya dalam kenyataan.
Jimmy berkata, susulan itu dua suspek lelaki dan isteri mangsa ditahan pada hari kejadian, manakala seorang lagi suspek…