Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Suami Heliza Helmi Dedikasi Ucapan Istimewa Sempena Anniversary Perkahwinan Ketiga

today2 January 2025

Background

Suami kepada penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Heliza Helmi iaitu, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman mencuri perhatian selepas memuat naik ucapan sempena meraikan ulang tahun perkahwinannya yang ketiga tahun.

Kata Mahadi yang juga merupakan seorang usahawan, kehadiran isterinya itu merupakan satu nikmat yang tidak pernah membuatkan dia berhenti bersyukur kepada Allah apatah lagi menganggap Heliza sebagai bidadarinya di dunia ini.

“Alhamdulillah, genap tiga tahun kita melayari bahtera perkahwinan bersama. Setiap detik bersamamu adalah nikmat yang tidak pernah henti aku syukuri kepada Allah. Kehadiranmu dalam hidupku adalah tanda kasih sayang Allah yang terbesar buatku.

“Engkaulah bidadariku di dunia ini, penyejuk mata, dan pelengkap separuh agamaku. Aku berdoa agar cinta kita sentiasa diberkati, diredhai dan dipimpin oleh Allah menuju syurgaNya.

“Semoga Allah terus menguatkan cinta kita, mengurniakan ketenangan dalam rumah tangga kita dan menjadikan kita pasangan yang saling menguatkan di jalan-Nya,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mahadi BZ (@mahadibz)

Dalam pada itu, Mahadi juga sempat menitipkan doa agar perkahwinan yang dibina bersama Heliza kekal hingga ke akhir hayat.

“Selamat ulang tahun perkahwinan yang ketiga, Aku mencintaimu kerana Allah dan semoga perjalanan kita ini kekal hingga ke akhir hayat dengan limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya,” katanya.

Terkejut dengan ucapan suami, Heliza atau nama penuhnya Nur Heliza Helmi, 38, juga mendoakan perkara sama dan berharap agar  perkahwinan yang dibina kekal hingga ke syurga sekaligus berterima kasih kepada suaminya itu untuk segala-galanya.

Written by: Salma


Previous post