
RAUB: Polis percaya telah menumpaskan sindiket pengedaran dadah dengan penahanan empat individu termasuk pasangan suami isteri di tempat letak kereta di Jalan Pasar, di sini Rabu lepas.
Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman, berkata tiga lelaki termasuk seorang warga Indonesia dan seorang wanita tempatan berusia lingkungan 37 hingga 59 tahun itu diberkas kira-kira 3.30 petang ketika berada di dalam dua kereta.
Beliau berkata hasil pemeriksaan di dalam kereta jenis Toyota Vios dan Nissan Navara itu, polis menemukan dadah disyaki syabu dan ganja dianggar seberat 13kg bernilai RM421,286.
“Hasil siasatan awal mendapati sindiket ini aktif sejak tiga bulan lepas dengan didalangi warga tempatan dan mendapatkan bekalan dadah dari Lembah Klang untuk diedarkan di Pahang serta dibawa ke negara jiran,” katanya pada…