Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Suami isteri antara 5 ditahan samun, pukul pekerja, pemilik bengkel

today23 September 2024

Background


handcuff
Polis berkata, semua suspek berumur 23 hingga 55 tahun itu ditahan di sebuah rumah sekitar Taman Nelayan.

BALIK PULAU: Lima termasuk sepasang suami isteri ditahan kerana disyaki terlibat kejadian samun dan pukul di sebuah bengkel di Teluk Kumbar.

Ketua Polis Barat Daya, Kamarul Rizal Jenal, berkata semua suspek berumur 23 hingga 55 tahun itu ditahan di sebuah rumah sekitar Taman Nelayan, dengan empat telefon bimbit pelbagai jenama dirampas selepas pemilik bengkel terbabit membuat laporan di Balai Polis Teluk Kumbar.

“Berdasarkan laporan, ketika kejadian, pengadu (pemilik bengkel) bersama dua pekerjanya berada di bengkel didatangi enam lelaki, sebelum seorang daripadanya menampar dan memukul pekerja pengadu menggunakan besi sehingga mengakibatkan kecederaan pada kepala, keting kanan serta luka di bahagian belakang.

“Suspek dikatakan berang kerana seorang pekerja pengadu sering ke rumah hanya ingin memberitahu motosikal suspek siap dipasang,” katanya di sini.

Beliau berkata,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post