Suspek wanita bertindak menyimbah cecair dipercayai asid ke arah kedua-dua mangsa dari luar lif sebelum melarikan diri.

KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri cedera manakala anak lelaki mereka terselamat apabila disimbah asid oleh seorang wanita semasa memasuki lif di sebuah pangsapuri di Batu Caves, Gombak kelmarin.
Pemangku Ketua Polis Gombak Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian berkenaan pada 3.10 pagi, selepas insiden itu berlaku pada 1.27 pagi.
Katanya, mangsa seorang wanita tempatan berusia 60 tahun dan suaminya, warga asing berusia 37 tahun, serta anak lelaki mereka berusia 14 tahun.
Menurut Noor Ariffin, suspek wanita bertindak menyimbah cecair dipercayai asid ke arah kedua-dua mangsa dari luar lif sebelum melarikan diri.
“Mangsa meminta bantuan orang awam untuk menghantar mereka ke Hospital Selayang…
