Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Suami isteri dipenjara 4 tahun ambil deposit tanpa lesen

today31 July 2024

Background


gavel
Mahkamah membenarkan hukuman penjara ke atas pasangan itu ditangguh sementara menunggu rayuan. (Gambar Reuters)

KUALA LUMPUR: Bekas ahli perniagaan dan isterinya dijatuhkan hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah menerima wang deposit lebih RM300,000 tanpa lesen sah untuk tujuan pelaburan, sembilan tahun lalu.

Hakim Mohd Kafli Che Ali menjatuhkan hukuman itu ke atas Ho Kok Keong, 62, dan isterinya Koh Orchid, 51, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

“Setelah mahkamah meneliti keterangan saksi pendakwaan dan pembelaan, mahkamah mendapati tertuduh bersalah dan disabitkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 137 (1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 137 (2) akta sama,” kata Kafli yang turut memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan peguam Sean Dudley yang mewakili pasangan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post