
PETALING JAYA: Sepasang suami isteri ditahan polis susulan penemuan 51 ketulan mampat dadah jenis ganja dalam serbuan di rumah mereka di Bandar Seri Astana, Sungai Petani kelmarin.
Suspek lelaki berusia 32 tahun sebelum itu dikatakan baru sejam pulang mengambil bekalan terbabit dari sempadan negara jiran di Kelantan, sebelum diserbu pada 12.30 tengah malam.
Ketua Polis Kuala Muda Zaidy Che Hassan berkata ketika serbuan, isteri suspek berusia 32 tahun dan anak perempuan mereka berusia setahun turut berada di rumah berkenaan.
“Pemeriksaan menemui satu ketulan ganja mampat dalam rumah teres satu tingkat itu. Seterusnya, pemeriksaan lanjut dalam kenderaan bernombor pendaftaran Thailand di rumah berkenaan menemui 50 ketulan ganja mampat.
“Hasil siasatan mendapati, suspek dipercayai memperoleh bekalan ganja itu di negara jiran melalui seorang kenalannya yang juga warga Thailand,” katanya pada…