Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Suami isteri ditahan buat aksi ‘wheelie’

today27 April 2023

Background


Pasangan berkenaan ditahan polis selepas video aksi mereka itu tular di media sosial.

Tangkap layar video tular menunjukkan pasangan suami isteri membuat aksi ‘wheelie’.

PETALING JAYA: Sepasang suami isteri ditahan polis selepas rakaman video mereka menunggang motosikal sambil membuat aksi ‘wheelie’ tular di media sosial.

Ketua Polis Kota Bharu Mohd Rosdi Daud berkata, pasangan berkenaan sebelum ini diburu polis selepas video aksi mereka itu yang dirakamkan di Jalan Pasir Puteh, Peringat tular.

Katanya, pasangan berusia 16 dan 17 tahun itu pada mulanya menghilangkan diri selama dua hari selepas diburu pihak polis.

“Bagaimanapun hari ini, pasangan itu menyerah diri pada jam 10 pagi di IPD Kota Bharu.

“Mereka kini kini dalam proses permohonan reman pada Jumaat untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan.

Rosdi berkata, pasangan itu dipercayai terlibat dalam aksi menunggang motosikal secara berbahaya yang boleh…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post