Kemalangan berlaku ketika mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Pahang selepas menziarahi ahli keluarga yang meninggal dunia di Terengganu.

BANDAR PERMAISURI: Suami isteri maut manakala anak lelaki mereka parah dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu dekat Kampung Selamat.
Ketua Polis Setiu, Affandi Hussin, berkata dalam kejadian 1.30 tengah hari tadi, Faizul Azman Awang, 44, dan isterinya, Habshah Ismail, 42, meninggal dunia di tempat kejadian.
Anak pasangan itu, Muhammad Daniel Dzulkarnain,13, pula parah di bahagian muka dan menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
Affandi berkata, nahas berlaku ketika mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kuantan, Pahang, selepas menziarahi ahli keluarga yang meninggal dunia di…
