Hot FM

Suami isteri maut dalam nahas 2 kenderaan di Tampin


Crash Suami isteri maut, anak parah tampin
Keadaan di lokasi kemalangan yang meragut nyawa sepasang suami isteri manakala anak lelaki mereka berusia empat tahun cedera dalam nahas dua kenderaan. (Gambar Facebook)
TAMPIN:

Sepasang suami isteri maut manakala anak lelaki mereka berusia empat tahun cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Gemencheh di sini hari ini.

Ketua Polis Tampin, Amiruddien Sariman, berkata dalam kejadian pada 10.55 pagi itu, wanita berusia 26 tahun yang juga penumpang hadapan kereta Proton Wira meninggal dunia di lokasi kejadian manakala suaminya berusia 27 tahun yang memandu kereta berkenaan disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Gemencheh.

Beliau berkata kemalangan berlaku ketika kereta dinaiki mangsa dalam perjalanan dari Gemencheh ke Bukit Rokan manakala Perodua Bezza dari Bukit Rokan menghala ke Gemencheh.

“Setibanya di lokasi kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaan yang dipandu sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Perodua Bezza…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version