
BATU PAHAT: Pasangan suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 128.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Yong Peng, pagi semalam.
Ketua Polis Batu Pahat, Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata mangsa Mohamad Shahrul Nizam Mohd Ali, 24, dan isterinya Norshuhada Kartika Razak, 23, meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala.
Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku apabila kereta yang dinaiki pasangan suami isteri itu hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh penghadang besi jalan hingga berpusing serta melintang di tengah jalan.
“Kenderaan utiliti sukan (SUV) yang berada di belakang juga dalam arah sama, tidak sempat mengelak dan terus melanggar kereta tersebut hingga mengakibatkan pasangan suami isteri yang berada dalam kereta mengalami…