Hot FM

Suami isteri mengaku tak salah miliki senjata berkait kes warga Israel


Sepasang suami isteri, Abdul Azim Mohd Yasin, 43, dan Sharifah Faraha Syed Husin, 41, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Klang hari ini atas tuduhan memiliki senjata api secara haram. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Sepasang suami isteri yang dipercayai membeli senjata api di Thailand untuk dijual kepada warga Israel dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Klang hari ini atas tuduhan memiliki senjata api secara haram.

Bagaimanapun, Abdul Azim Mohd Yasin, 43, dan Sharifah Faraha Syed Husin, 41, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Sharifah Hascindie Syed Omar, menurut Harian Metro.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Sharifah Faraha yang juga penganggur didakwa didapati dalam milikannya senjata api dengan menyalahi undang-undang iaitu pistol jenama CZ 75 P-01 CAL.9 Luger, No. Siri : A216210.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di alamat No. 183 Jalan Haji Omar Kampung Bukit Belimbing, Kuala Selangor, Selangor pada 8 malam, 29 Mac lalu.

Sharifah…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version