Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Suami rentung; isteri, 2 anak parah nahas di Kulim

today19 June 2023

Background


Nahas berlaku selepas kereta dipandu lelaki itu terbabas lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum dirempuh kenderaan lain.

Bomba berkata, mangsa yang juga pemandu Proton Iswara tersepit dan rentung selepas keretanya terbakar akibat pelanggaran dengan kereta Toyota Camry. (Gambar JBPM)

PETALING JAYA: Seorang lelaki rentung, manakala isteri dan dua anaknya parah dalam nahas di Jalan Kulim-Baling, Kulim, hari ini.

Ketua Polis Kulim Mohd Redzuan Salleh, berkata Balai Polis Trafik Kulim menerima maklumat berhubung kemalangan melibatkan dua kenderaan itu, pada 2.20 petang.

Beliau berkata, mangsa berusia 27 tahun yang memandu kereta Proton Iswara terbakar dan rentung.

“Isteri mangsa berusia 28 tahun dan dua anak berusia tiga dan empat tahun parah dan sedang menerima rawatan di zon merah Hospital Kulim (HK).

“Siasatan awal oleh pihak polis mendapati kemalangan berlaku apabila kereta dipandu mangsa yang datang dari arah Kulim ke Baling dipercayai terbabas ke laluan bertentangan,”…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post