Site icon Hot FM

Suami Setia Jaga Isteri Sakit Barah Tulang


Menerusi laporan Harian Metro, Muhammad Saifudin Salleh, 27, kini mengambil cuti demi menemani, menjaga serta menguruskan isterinya, Nurul Fatihah Noor Aslam, 25, yang menghidap barah tulang tahap empat.

Nurul Fatihah kini berada di Hospital Sultan Ismail (HSI) bagi menjalani kemoterapi dan penyakit yang dihidapi menyebabkan ketumbuhan membengkak pada bahagian tulang bawah mata kanannya.

“Tidak pernah terlintas dalam fikiran saya untuk tinggalkan isteri dan biarkannya sendirian dalam kesakitan, saya akan temaninya selagi diizinkan Allah SWT.

“Keputusan pemeriksaan awal negatif, tetapi kali kedua positif, sekali gus mengesahkan isteri menghidap barah.

“Mulanya terkejut bila dapat tahu kerana dalam sejarah keluarga isteri, tiada yang menghidap barah namun kini, saya sudah reda.

“Isteri pula agak kecewa pada mulanya. Kini, dia juga lebih banyak termenung serta tidur,”
kata Saifudin.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version