Hot FM

Suapan urus jenazah, 3 kakitangan hospital didakwa esok



Semua tertuduh didakwa menerima suapan sebagai balasan menawarkan kerja pengurusan jenazah di sebuah hospital dari 2019 hingga 2021. (Gambar Bloomberg)

PETALING JAYA: Tiga Pembantu Perawatan Kesihatan di sebuah hospital awam akan dihadapkan ke mahkamah di Shah Alam esok atas 21 pertuduhan meminta dan menerima suapan berjumlah RM4,950.

Semua kakitangan awam itu disyaki menerima suapan terbabit sebagai balasan menawarkan kerja pengurusan jenazah di sebuah hospital dari 2019 hingga tahun ini.

Utusan Malaysia melaporkan seorang daripada individu yang berusia 34 tahun itu bakal menghadapi sembilan pertuduhan utama dan sembilan pertuduhan pilihan kerana meminta serta menerima suapan sebanyak RM3,450.

Seorang lagi individu berusia 44 tahun akan berdepan dua pertuduhan utama dan dua pertuduhan pilihan kerana menerima serta meminta suapan berjumlah RM900, sementara individu ketiga yang berusia 41 tahun masing-masing akan menghadapi satu pertuduhan utama dan pilihan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version