
PETALING JAYA: Dua kakitangan perubatan awam direman enam hari mulai hari ini bagi membantu siasatan dakwaan meminta dan menerima rasuah RM11,000 sebagai balasan menawarkan kerja pengurusan mayat bukan Islam.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Syed Farid Syed Ali selepas permohonan dibuat Pegawai Pendakwa Zainab Yahya di Mahkamah Majistret Seremban.
Sinar Harian melaporkan dua lagi dilepaskan dengan jaminan RM10,000 bersama seorang penjamin atas faktor kesihatan.
Semalam, SPRM menahan empat kakitangan perubatan disyaki menerima rasuah RM100 hingga RM600 sebagai balasan menawarkan kerja pengurusan mayat bukan Islam di sebuah hospital di Negeri Sembilan.
Sumber dilaporkan berkata, tiga suspek lelaki dan seorang suspek wanita berusia 30-an hingga 50-an dipercayai ditahan di pejabat SPRM Negeri Sembilan…