Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Suarakan rasa tak puas hati ikut saluran, pemimpin Muda diberitahu

today28 September 2022

Background



Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata beliau mengalu-alukan kritikan membina.

KUALA LUMPUR: Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menolak dakwaan parti itu menghalang pimpinannya daripada mengutarakan rasa tidak puas hati di media sosial.

Penafian itu susulan beberapa individu yang mendakwa sebagai bekas pemimpin Muda, mengatakan mereka berdepan risiko dipecat parti sekiranya bercakap secara terbuka.

Ada juga beberapa individu yang mengaku ahli Muda, juga mendakwa diberikan peringatan supaya tidak mengkritik parti di media sosial.

Ditanya berhubung perkara itu, Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar, berkata adalah baik semua ahli dalam Muda mengkritik parti, sambil menambah beliau sendiri menerima kritikan sebagai presiden parti.

“Sebagai presiden, saya pernah dikritik dan saya menerima kritikan membina yang saya fahami adalah untuk menjadikan parti lebih baik.

“(Bagaimanapun) ada saluran disediakan dalam parti bagi tujuan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Faisal Asyraf


Previous post