
KUALA LUMPUR: Keputusan memperkenalkan subsidi bersasar hanya akan dibuat setelah keadaan ekonomi mengizinkan iaitu apabila kadar inflasi dapat dikawal dengan baik, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata masih terlalu awal untuk membuat keputusan memperkenalkan subsidi bersasar melalui Bajet 2023 akan datang kerana ia tidak wajar dilaksanakan dalam keadaan inflasi global yang tinggi.
“Pada masa sama kita juga perlu memahami bahawa subsidi tidak bersasar dalam jangka masa panjang tidak akan membawa faedah kepada pertumbuhan ekonomi negara.
“Kita masih lagi dalam proses pemulihan dan perkara ini perlu dibawa ke Jemaah Menteri untuk dibincangkan sama ada subsidi bersasar akan diperkenalkan dalam Bajet 2023 ini,” katanya…