Soalan berhubung pelaksanaan subsidi bersasar dikemukakan Radzi Jidin (PN-Putrajaya) kepada menteri kewangan pada sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan hari ini.

KUALA LUMPUR: Persoalan berkaitan subsidi bersasar, harga barangan serta jaminan keselamatan makanan negara antara dijangka menjadi tumpuan di Dewan Rakyat hari ini.
Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat disiarkan di laman sesawang Parlimen, Radzi Jidin (PN-Putrajaya) bertanyakan menteri kewangan mengenai bila subsidi bersasar seperti diumumkan perdana menteri pada 27 Nov 2022 dijangka dilaksanakan.
Soalan itu dikemukakan semasa sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan, dengan Radzi juga ingin tahu sama ada kerajaan boleh memberi jaminan bahawa harga barangan tidak akan meningkat apabila subsidi bersasar dilaksanakan.
Pang Hok Liong (PH-Labis) pula meminta menteri pertanian dan keterjaminan…