
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) cenderung kepada formula pemberian subsidi bersasar, sekiranya harga ayam naik secara mendadak selepas penamatan subsidi dan kawalan harga ayam berkuat kuasa 1 Nov ini.
Menterinya, Mohamad Sabu berkata pemberian subsidi bersasar dilihat lebih sesuai untuk memastikan hanya golongan memerlukan dan terkesan dapat menikmatinya.
“Kalau kenaikan (harga ayam) melampau, kita cenderung kepada pemberian subsidi bersasar kepada golongan B40 yang terkesan kerana jika kita beri subsidi secara pukal, ia hanya menguntungkan tauke dan pengilang besar.
“…harga (makanan ayam) jagung bijirin dan kacang soya menurun, justeru harga ayam pun sudah turun, malah ada tempat menjual ayam pada harga kurang RM7 (sekilogram),” katanya ketika menggulung…
