
GEORGE TOWN: Lebih baik diperkenal subsidi bersasar air berbanding air percuma kepada semua pengguna, kata Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).
Presiden Mohideen Abdul Kader, berkata ia bagi memastikan hanya golongan susah dan memerlukan mendapat manfaat, bukannya golongan kaya.
“Dengan memberikan setiap isi rumah 10,000 liter air percuma setiap bulan selama enam bulan, orang kaya yang ada kolam renang dan banyak kereta juga dapat manfaat,” katanya kepada FMT.
“Apa yang kita kena lakukan adalah mendenda mereka yang membazir air,” katanya.
Mohideen mengulas pengumuman pada Khamis, setiap isi rumah di Pulau Pinang akan menerima 10,000 liter (10 meter padu) air secara percuma bermula Julai hingga Disember.
Beberapa Adun termasuk daripada Pakatan Harapan menyuarakan tentangan terhadap peningkatan mendadak tarif air kepada semua pengguna domestik, yang mana diperkenal…