Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Subsidi: Pembangkang bidas perutusan PM tak jawab persoalan paling besar

today22 May 2024

Background


Hamzah Zainudin berkata perutusan Anwar Ibrahim semalam ‘tidak melegakan rakyat yang sedang dihimpit kesan kenaikan kos sara hidup’.

PETALING JAYA: Pembangkang menegur perutusan perdana menteri semalam kerana tidak menjawab persoalan paling besar berkaitan penyasaran subsidi bahan api.

Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin, berkata perutusan Anwar Ibrahim gagal menjelaskan bila tarikh penyasaran semula subsidi minyak akan dikuatkuasakan dan mekanisme kerajaan menyalurkan bantuan kepada rakyat.

“Rakyat mahu tahu bila sebenarnya harga minyak akan naik? Macam mana mereka mahu mohon bantuan? Ianya tidak diperincikan,” katanya dalam kenyataan.

“Setelah berbulan-bulan kerajaan ini masih mengamalkan prinsip ‘umum dahulu, kemudian fikir’.”

Hamzah berkata, penyasaran subsidi bahan api itu akan memberi kesan menyeluruh kerana ia melibatkan keseluruhan rantai ekonomi, ketika rakyat terbeban dengan kos sara hidup.

Beliau malah menyifatkan perutusan semalam ‘tidak melegakan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post