Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Sudah Bersiap Sedia Jika Bertemu Ajal, Marshanda Derita Hidap Kanser Payudara

today2 June 2022

Background

Penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Marshanda mendedahkan dia kini sedang menghidap kanser payudara.

Berita sedih tersebut dimaklumkan melalui sebuah video yang dimuat naik di akaun YouTube rasmi miliknya yang berjudul β€˜I Have Breast Tumor’ pada Isnin.

Marshanda yang kini berada di Singapura bagi mendapatkan rawatan, mengalirkan air mata ketika bercerita mengenai kondusi kesihatan terbarunya itu.

Namun, pelakon drama Putri Yang Terbuang itu akui reda dengan ujian berat yang dilaluinya itu yang dianggap sebagai sebahagian dariapda aturan hidup tuhan untuk dirinya.

Malah, bekas isteri kepada pelakon, Ben Kasyafani itu turut mempersiapkan diri untuk meninggal dunia dalam keadaan baik yang dikatakan ajalnya boleh datang pada bila-bila masa.

β€œSaya datang ke Singapura dengan niat untuk melakukan MRI. Saya di sini untuk berjuang untuk kesihatan saya.

β€œSaya juga sudah bertanya dengan abang, iaitu bekas suami saya. Kalau mahu meninggal, disebut La Ilaha illallah, iya kan?

β€œJadi, saya bersedia. Saya membawa telekung dan sejadah ke Singapura,” ujarnya bernada sebak.

Menerusi video tersebut, tampak sayu wajah Marshanda yang dihantui perasaan bercampur baur apabila disahkan menghidap kanser yang banyak membunuh kaum wanita.

Mengulas lanjut, dia meminta agar semua mendoakan yang baik-baik untuk keadaannya, selain memohon orang ramai untuk meniupkan semangat dari jauh buat dirinya untuk menempuh ujian Allah.

β€œKematian adalah sebahagian dari putaran kehidupan. Saya tak mahu anda semua khuatir.

β€œTolong doakan sahaja, bagi anda yang percayakan tuhan tolong doakan saya.

β€œBagi yang tidak percaya pula, sila berikan tenaga yang baik untuk saya.” katanya.

Dalam pada itu, Marshanda, 32, sempat menitipkan pesanan kepada anak perempuannya, Sienna Kasyafani untuk mendengarkan lagu hasil ciptaanya sendiri untuk puteri kesayangannya itu.

β€œJika Sienna menonton ini, ingat kata ibu, kita banyak bercakap beberapa hari lepas. Ibu beri kamu lagu yang ibu ciptakan. Dengarlah lagu itu.

β€œLihat, ibu gembira. Dan kalau ibu pergi, ibu juga gembira jika awak mendoakan,” ujarnya.

Written by: Salma