Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Sudah Masa Semuanya Ditamatkan Segera” – Puteri Sarah Fail Cerai Isnin Ini

today13 January 2023

Background

Isteri pertama kepada pengarah,  Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, akhirnya memaklumkan akan memfailkan perceraiannya pada Isnin ini kerana tidak mahu melengahkan masa.

Memetik laporan Berita Harian, keputusan yang diambil oleh pelakon Suri Hati ini adalah berdasarkan persetujuan bersama kedua-dua keluarganya.

“Saya akan ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Isnin ini.

“Keputusan dibuat atas persetujuan bersama keluarga. Sebelum membuat keputusan besar dalam hidup, saya berbincang dengan keluarga dan keluarga mentua terlebih dahulu.

“Mereka menghormati keputusan saya mahu berpisah dengan suami, Syamsul Yusof. Lebih cepat, lebih bagus agar saya tidak lagi terbeban dengan konflik rumah tangga.

“Saya mahu cari ketenangan dan mulakan hidup baharu,” katanya.

Malah, Sarah bersyukur kerana keluarga dan keluarga mentuanya tidak menghalang setiap keputusan yang dibuat, malah mereka seakan-akan faham keadaan dirinya.

“Sebelum ini, saya tidak pernah menyorok apa-apa masalah daripada pengetahuan keluarga.

“Jadi, mereka faham keadaan saya berdepan dengan konflik rumah tangga selama empat tahun ini.

“Sudah masa segala-galanya ditamatkan segera. Saya tekad, enggan menoleh ke belakang lagi,” jelasnya.

Untuk makluman, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah memberitahu pelakon filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie itu akan memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Isnin ini.

 

Sumber: Berita Harian

Written by: Salma


Previous post