
Seorang ahli akademik dan seorang peguam membidas Undang Johol Muhammed Abdullah serta tiga lagi individu yang mendakwa diri mereka sebagai ketua adat Sungai Ujong, Jelebu dan Rembau kerana menegaskan bahawa mereka mempunyai kuasa mutlak untuk melantik dan memecat pemerintah negeri.
Ahli akademik, Faizal Musa yang lebih dikenali sebagai Faisal Tehrani, menggesa keempat-empat individu itu “sudah-sudahlah memanipulasi fakta dan menunggang adat untuk sesenduk kuasa”.
Beliau turut mempersoalkan dakwaan Mubarak Dohak dan Maarof Mat Arshad bahawa mereka masih Undang Sungai Ujong dan Jelebu, mengatakan kedua-duanya dipecat pada awal tahun ini.
“Oleh itu apa pun hujah mereka tidak relevan,” katanya kepada FMT. “Saya menyeru mereka redha dan ‘move on’,…