Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Sudi Berduet Dengan Aliff Syukri, Jamal Abdillah Tetapkan Syarat

today24 August 2022

Background

Raja Pop Datuk Jamal Abdillah sudi menerima pelawaan sekiranya Datuk Seri Aliff Syukri ajak berduet namun mengikut syarat yang ditetapkannya.

Memetik laporan Kosmo, kepada sesiapa yang mempunyai hasrat bergabung suara dengannya harus menyanyi dengan sepenuh hati selain tidak sumbang.

β€œKita pun tahu dia bukan penyanyi, tetapi dia berkarya sebagai sebahagian daripada promosi bisnes.

β€œBagi saya, jika mereka mengajak berduet saya anggap ia sebagai penghormatan dan kita pun dapat mengikuti β€˜trend’ semasa untuk terus kekal relevan.

β€œMungkin kalau direalisasikan, syarat utama saya adalah dia kena menyanyi dengan serius dan tidak sumbang sebab kita pun akan sakit telinga. Jadi orang tidak menyalahkan saya.

β€œTak perlu pun belajar dengan guru vokal. Cuma saya akan turunkan β€˜key’ suara biar seimbang dengan usahawan tersebut,” katanya.

Namun, penyanyi lagu Gadis Melayu masih belum menerima pelawaan tersebut secara rasmi kerana tiada sesiapa menghubunginya untuk berbincang.

β€œSaya ada dengar mengenai hasrat usahawan itu tetapi tidak tahu sejauh mana dia serius. Sampai sekarang pihak sana masih belum mengusulkan apa-apa,” ujarnya.

Selain itu, Jamal menganggap lagu usahawan yang sedang hangat diperkatakan itu adalah sebahagian daripada strategi perniagaan.

β€œKita tak boleh salahkan dia kalau dia berbuat demikian kerana usahawan harus menggunakan pelbagai kaedah untuk melariskan produk.

β€œKita janganlah tengok dia sebagai penyanyi, sebaliknya kita anggap saja dia berkarya demi kelangsungan bisnes.

β€œSecara peribadi saya rasa sesiapa pun boleh menyanyi dan tiada masalah jika dia menggunakan mekanisma tersebut untuk perniagaan.

β€œOrang pun boleh menilai sama ada dia menyanyi secara serius atau sekadar mencari publisiti bagi keperluan bisnes yang diusahakannya,” ujarnya.

Terdahulu, Aliff menerima pelbagai kecaman susulan muzik video Baby Sayang yang menyatakan hasrat mahu berduet dengan penyanyi popular antaranya adalah Jamal.

Sumber: Kosmo

Written by: Aqilah


Previous post