Site icon Hot FM

Sufian Suhaimi Kini Usahawan Bantal

Walaupun namanya semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia, namun bukan tiket untuk penyanyi Sufian Suhaimi berasa selesa dengan kedudukannya ketika ini.

Selepas merancang untuk mengeluarkan buku tulisan, Sufian sebaliknya mempunyai hasrat untuk menjadi usahawan.

Hasratnya itu termakbul selepas berjaya mengeluarkan produk untuk dijual iaitu bantal.

Bukan bantal kekabu biasa, namun bantal berkenaan mampu menghasilkan bunyi. Lebih menarik lagi, bantal berkenaan di hasilkan dengan lampu serta beberapa surah lazim, doa dan zikir khas untuk bayi.

Menjengah ke laman Twitter pula, perkara berkenaan sudah pun tular susulan terdapat pengguna yang giat mempromosikan bantal berkenaan untuk dijual.

https://twitter.com/cemipah/status/1219617962287517699

Kreatif juga idea baby Pian ni! Semoga perniagaan yang dijalankan berkembang dengan baik, sentiasa maju dan dipermudahkan segala urusan..

Exit mobile version