Tular sebuah video memaparkan penyanyi, Sufian Suhaimi bersama wanita yang pernah menjadi kekasihnya iaitu Rania Al-Sadat sedang melakukan aktiviti berada di bengkel membuat cincin.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Pakanira.Kl itu, Sufian dan Rania yang manis bertudung dilihat memakai pakaian sedondon berwarna biru muda fokus membuat cincin perak bersama.
Namun begitu, pemilik video berkenaan bertindak menutup ruangan komen terhadap kandungan digital yang dimuat naik semalam.
Sehingga kini, status sebenar hubungan Sufian dan Rania masih menjadi tanda tanya sama ada mereka kembali bertaut menjalinkan hubungan cinta atau sebaliknya.
Sekadar info, pada Oktober 2023, Sufian telah menghantar rombongan merisik kepada keluarga Rania, namun mengesahkan hubungan mereka terputus pada April lalu.
Pelantun lagu Menggenggam Bahagia ini menjelaskan cincin risik kedua belah pihak dipulangkan pada minggu kedua Ramadan namun hubungan mereka masih dalam keadaan baik.
Artikel Berkaitan: Kantoi Keluar Bersama, Sufian Suhaimi Didakwa Dah ‘Get Back’ Dengan Bekas Tunang?
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Saling Unfollow Di Instagram, Sufian Suhaimi Jawab Status Hubungan Dengan Kekasih – “Cincin Merisik Dah Dipulangkan”