
PETALING JAYA: Naib Pengerusi Amanah Johor Suhaizan Kayat mengambil sikap “berjiwa besar” walaupun tidak dicalonkan di DUN Puteri Wangsa susulan kerusi itu diberikan kepada MUDA.
Beliau tidak terasa hati dengan “keputusan” Pakatan Harapan (PH) itu malah menyifatkan ia perkara biasa dalam politik.
“Kita orang politik, biasalah, kita kena berjiwa besar hadapi cabaran lebih besar,” katanya kepada FMT.
Semalam, Amanah dan DAP mengumumkan kerusi bagi pilihan raya negeri (PRN) Johor dengan enam daripadanya diberikan kepada MUDA.
Salah satu kerusi iaitu DUN Puteri Wangsa dilihat paling berpotensi untuk dimenangi memandangkan PH (sebelumnya Pakatan Rakyat) berjaya menang di kawasan itu selama dua penggal.
Sebelum itu, Amanah menamakan Suhaizan…