
JOHOR BAHRU: Calon Pakatan Harapan Suhaizan Kaiat menyifatkan tindakan Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin mengeluarkan ‘fatwa’ bahawa haram memberikan undi kepada beliau sebagai seolah-olah mempermainkan hukum agama demi kepentingan politik.
Beliau berkata tindakan itu tidak wajar dan sebagai ahli politik berpengalaman, Muhyiddin tidak seharusnya menggunakan hukum halal haram terhadap seteru.
“Kita tidak boleh sewenang-sewenangnya menghukum ini (haram) untuk seteru politik sebab ia ada kesan tidak baik, saya khuatir nanti semua orang boleh menghukum dengan sewenang-sewenangnya.
“Dalam politik, kita berbeza tidak apa, tak ada masalah. Tidak mahu mengundi tak ada masalah tapi jangan gunakan hukum untuk lawan seteru kita, ” katanya pada sidang media media selepas pertemuan di Pejabat MCA Pulai yang turut dihadiri Presiden Wee Ka Siong.
Suhaizan mengulas kenyataan…