

Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Sembilan Mohd Zafir Ibrahim berkata, pejabatnya tidak menerima sebarang pemakluman atau surat peletakan jawatan Ismail Lasim sebagai menteri besar setakat ini.
Beliau berkata, pihaknya hanya mengetahui mengenai peletakan jawatan Adun Juasseh itu menerusi kenyataan di media sosial pada 16 Nov.
“Benda ini tidak pernah berlaku (menteri besar letak jawatan) dan kami memang tidak ada satu prosedur operasi standard (SOP) khusus berhubung perkara itu.
“Prosedur ini berbeza daripada perkhidmatan awam kerana ia melibatkan urusan pentadbiran yang berlainan daripada tatacara berkaitan penjawat awam,” katanya selepas menghadiri sebuah majlis di Seremban hari ini, lapor Bernama.
Ketika mengulas mengenai kedudukan menteri besar pula, Mohd Zafir berkata, pihaknya…