Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Suka Hatilah, Kita Mampu… Jangan Kedekut Rezeki Dengan Anak” – Ini Jawapan Kak KM Bila Netizen Pertikai Beri Hadiah Mewah Kepada Anak

today23 June 2024

Background

Usahawan sensasi Liana Rosli atau Kak KM menyifatkan hadiah mewah yang diberikan kepada puteranya, Faris Razman bersempena keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan rezeki anak lelaki tunggalnya.

Menurut Kak KM, tiada siapa yang patut mempertikaikan hadiah terbabit kerana dia sendiri menumpang rezeki anaknya.

“Suka hatilah, kita mampu. Saya pun tak minta duit orang lain, saya pun tak menyusahkan sesiapa.

“Itu memang rezeki anak saya. Dia satu-satunya anak lelaki saya. Kita penat cari duit dan kita jangan kedekut dengan anak sebab sebagai ibu bapa pun kita menumpang rezeki mereka,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

Sebelum ini, warganet mengkiritik hadiah yang diberikan Kak KM untuk Faris iaitu wang tunai RM10,000 dan sebuah kereta mewah jenama Mercedes Benz kerana merasakan ia keterlaluan.

Dalam pada itu, Kak KM mendedahkan anak lelakinya terkejut apabila menerima hadiah terbabit.

“Dia terkejut dan tak sangka akan dapat kereta. Memandangkan SPM zaman sekarang dijalankan ketika berusia 18 tahun, Faris pun sudah ada lesen kereta.

“Jadi apa salahnya saya membelikan anak saya kenderaan terbabit. Saya pun selalu menjadi saksi betapa dia gigih belajar untuk SPM,” katanya lagi.

Written by: Salma


Previous post