Hot FM

‘Suka tuding jari, jadi VIP, kurang dekati pengundi,’ Peja dedah punca Bersatu kalah di Melaka



Ahmad Faizal berkata Bersatu harus akur beberapa kelemahan dalaman membawa kepada parti itu hanya menang di dua kerusi DUN, meskipun cukup yakin akan menang pada awalnya. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR : Keghairahan menuding jari, suka jadi “VIP” dan kurang dekati pengundi antara punca Perikatan Nasional (PN) tewas di 26 daripada 28 kerusi pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka, kata Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu.

Berucap melancarkan persidangan tahunan Srikandi dan Armada Bersatu, Ahmad Faizal bagaimanapun menolak desakan sesetengah pihak mahukan parti itu dibubarkan kerana kekalahan di Melaka bulan lalu.

“Kita terima hakikat, banyak yang kita perlu tambah baik. Tetapi, ada yang kononnya menyindir kita; minta kita bubarkan parti. Mereka lupa; parti ini tidak runtuh atas hinaan, cercaan dan makian,” kata beliau.

Namun begitu, Bersatu harus akur beberapa kelemahan dalaman yang membawa kepada parti itu hanya menang di dua kerusi DUN,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version