Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Sukan Asia: Aaron-Wooi Yik wakil tunggal Malaysia ke separuh akhir

today5 October 2023

Background


Beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menundukkan pasangan tuan rumah, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi 21-18, 19-21, 21-18. (Gambar BAM Facebook)

HANGZHOU: Juara dunia beregu lelaki 2022 Aaron Chia-Soh Wooi Yik, menjadi wakil tunggal negara melangkah ke separuh akhir Sukan Asia Hangzhou, yang bakal berlangsung esok.

Pada saingan suku akhir malam ini, beregu di kedudukan kelima dunia itu terpaksa mengerah kudrat selama 81 minit untuk mengatasi wakil tuan rumah Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi 21-18, 19-21, 21-18, di Gimnasium Binjiang di sini.

Bagi memburu tempat ke final, Aaron-Wooi Yik yang merupakan pemenang pingat gangsa Olimpik Tokyo 2020, akan mencabar gandingan nombor tiga dunia Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dari India, yang mara selepas membelasah Nge Joo Jie-Johann Prajogo dari Singapura 21-7, 21-9.

“Kami agak gembira dengan tumpuan kami dalam gelanggang, walaupun set kedua kami mendahului 19-17, tetapi kalah…set penentuan kami masih fokus, permainan dan momentum kami juga bagus….

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Tak habis-habis masalah gaji

Kuala Lumpur: Apa sudah jadi pada sistem pembayaran gaji pemain profesional di Liga Malaysia (Liga M)? Adakah budaya baru bakal berlaku di mana pembayaran gaji yang lewat sebulan, dua bulan dan tiga bulan dianggap perkara biasa atau satu keterpaksaan yang perlu ditelan pemain di Liga M?

today5 October 2023