
HANGZHOU: Juara dunia beregu lelaki 2022 Aaron Chia-Soh Wooi Yik, menjadi wakil tunggal negara melangkah ke separuh akhir Sukan Asia Hangzhou, yang bakal berlangsung esok.
Pada saingan suku akhir malam ini, beregu di kedudukan kelima dunia itu terpaksa mengerah kudrat selama 81 minit untuk mengatasi wakil tuan rumah Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi 21-18, 19-21, 21-18, di Gimnasium Binjiang di sini.
Bagi memburu tempat ke final, Aaron-Wooi Yik yang merupakan pemenang pingat gangsa Olimpik Tokyo 2020, akan mencabar gandingan nombor tiga dunia Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dari India, yang mara selepas membelasah Nge Joo Jie-Johann Prajogo dari Singapura 21-7, 21-9.
“Kami agak gembira dengan tumpuan kami dalam gelanggang, walaupun set kedua kami mendahului 19-17, tetapi kalah…set penentuan kami masih fokus, permainan dan momentum kami juga bagus….
