
KUCHING: Sarawak sedia menjadi hos bersama untuk penganjuran Sukan SEA 2027 dan mencadangkan acara perasmian temasya sukan itu diadakan di Bumi Kenyalang.
Premier Sarawak Abang Johari Tun Openg, berkata Sarawak juga bersedia berkongsi kos penganjuran Sukan SEA 2027 bersama kerajaan persekutuan.
“Kerajaan persekutuan ada ‘merisik’ Sarawak untuk menjadi hos bersama (Sukan SEA 2027), kita dimaklumkan kos serta bajet penganjuran ini adalah besar dan apa yang dicadangkan agar Sarawak boleh membantu.
“Kita (Sarawak) kata boleh (bersedia), tetapi upacara perasmian kita cadangkan untuk diadakan di Sarawak dan penutupan di Semenanjung,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Larian Baton Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024 Bahagian Kuching.
Sebelum ini dilaporkan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang meneliti impak…