
PETALING JAYA: Seorang bekas menteri berkata ia menjadi tugas berat buat Malaysia untuk menuntut semula status ‘Harimau Asia’, gelaran yang dipertikaikan veteran Umno hari ini.
Dalam catatan di X, Zaid Ibrahim berkata walaupun dari segi ekonomi Malaysia ‘Harimau Asia’ – istilah yang digunakan untuk menggambarkan ekonomi Taiwan, Korea Selatan, Singapura dan Hong Kong yang berkembang pesat pada 1990-an- ia masih merupakan jenis harimau kecil.
“Jadi ia adalah baik apabila Menteri Kewangan Kedua Amir (Hamzah Azizan), menegaskan komitmen kerajaan untuk menghidupkan semula ‘tag’ Harimau Asia, katanya.
Beliau menambah bahawa ‘Harimau Asia’ berkongsi ciri-ciri yang sama, termasuk penduduk yang berpendidikan tinggi, pendapatan eksport yang tinggi dan kadar simpanan yang tinggi.
Menurut Zaid, melahirkan rakyat terpelajar…