Sukhoi Su-30MKM buatan Rusia mula beroperasi pada 2007 dan kontraktor penyelenggaraan berkata ia boleh diselenggarakan selepas 2035, tertakluk kepada ketersediaan alat ganti.

PETALING JAYA: Jet pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia, Sukhoi Su-30MKM mampu beroperasi untuk tempoh kira-kira dua dekad lagi, kata kontraktor penyelenggara pesawat buatan Rusia itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Aerospace Technology Systems Corporation Sdn Bhd (ATSC) Lt Col (Rtd), Fadzar Suhada, berkata syarikat itu mampu memastikan jet pejuang paling canggih di negara ini yang berusia 16 tahun itu dikekalkan sehingga 2035, namun tertakluk kepada ketersediaan alat gantinya.
Beliau juga berkata, syarikat itu boleh membaik pulih sepenuhnya Su-30MKM di Malaysia, yang telah dilakukan sejak 2007, pada separuh kos berbanding jika dihantar ke Russia.
Difahamkan,…
