Kerajaan perpaduan terus komited untuk memastikan kejayaan pelaksanaan pelan pemulihan Felda, menurut kementerian itu.

PETALING JAYA: Kementerian Kewangan menjelaskan bahawa peruntukan sukuk sehingga RM1 bilion oleh kerajaan untuk Felda juga akan digunakan untuk melupuskan hutang peneroka.
Kementerian itu berkata, kerajaan perpaduan terus komited untuk memastikan kejayaan pelaksanaan pelan pemulihan Felda, termasuk melupuskan hutang peneroka seperti yang diumumkan sebelum ini.
“Sehubungan itu, kerajaan telah meluluskan jaminan kerajaan sehingga RM9.9 bilion untuk Felda menerbitkan sukuk,” katanya dalam kenyataan.
Pada Jumaat, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan terus mengeluarkan sehingga RM1 bilion sukuk untuk Felda setiap tahun bagi tempoh 10 tahun akan datang untuk “menjamin kelangsungannya”,…
