Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Sulaiman Taib saman ibu tiri

today15 June 2023

Background


Anak ketiga Gabenor Sarawak, Abdul Taib Mahmud, dipercayai tidak berpuas hati berhubung perjanjian saham.

Saman difailkan Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib ditetapkan untuk sebutan di Mahkamah Tinggi pada Isnin di depan Hakim Alexander Siew. (Gambar Fail)

PETALING JAYA: Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib memfailkan saman terhadap ibu tirinya, Raghad Kurdi Taib, menurut The Borneo Post.

Laporan itu mengatakan saman berkenaan adalah berkaitan pemindahan saham sebuah syarikat swasta kepada Raghad.

Sulaiman, anak ketiga Gabenor Sarawak Abdul Taib Mahmud, memohon injunksi bagi menghalangnya.

Mahkamah Tinggi menetapkan sebutan kes itu pada Isnin di depan Hakim Alexander Siew.

Sulaiman yang juga bekas timbalan menteri pelancongan, adalah pengarah urusan Cahya Mata Sarawak Group.

Ibunya, Allahyarham Laila Taib, meninggal dunia pada April 2009, dan Taib mengahwini Raghad pada Disember tahun berikutnya.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post