Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Sultan Johor sedia laksana tugas negara, utamakan jaga kebajikan rakyat

today22 September 2023

Background


Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah bahawa keutamaan baginda adalah menjaga kebajikan rakyat. (Gambar Bernama)

JOHOR BAHRU: Sultan Johor menzahirkan kesediaan baginda melaksanakan tugas untuk negara dan rakyat.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, yang mendahului senarai penggiliran menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong, menzahirkan kesediaan memikul tanggungjawab itu.

“Ia bukan satu kenaikan pangkat. Ia tanggungjawab yang saya sedia untuk laksanakan bagi pihak Raja-Raja Melayu,” titah baginda semasa wawancara eksklusif bersama Bernama yang diketuai pengerusinya, Wong Chun Wai di kediaman peribadi baginda baru-baru ini.

Sultan Ibrahim bertitah bahawa keutamaan baginda adalah menjaga kebajikan rakyat.

“Rakyat akan sentiasa didahulukan,” titah baginda.

Sultan Ibrahim enggan mengulas lanjut dan bertitah adalah lebih baik menunggu mesyuarat Majlis Raja-Raja selesai.

Raja-Raja Melayu dijangka memilih Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 27 Okt ini bawah sistem pemilihan yang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post