
Sultan Kelantan Sultan Muhammad V mahu cadangan pembinaan tembok dan zon penampan di kawasan Sungai Golok dimuktamadkan segera.
“Beta memandang serius isu keselamatan di sempadan Malaysia–Thailand,” titah baginda dalam Titah Ucapan Diraja pada Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Persidangan DUN Kelantan ke-15.
Pada November tahun lalu, Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohamed Fadzli Hassan berkata kerajaan negeri mencadangkan kepada kerajaan persekutuan bagi pembinaan tembok sempadan sepanjang 100km dengan Thailand.
Beliau berkata, projek itu bertujuan membanteras penyeludupan dan jenayah rentas sempadan serta menangani isu banjir.
Sultan Muhammad V turut menggesa projek lembangan sungai bersepadu Sungai Kelantan dan Sungai Golok dapat disegerakan bagi…