Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Sultan Pahang berkenan bantu suami isteri parah kemalangan

today21 August 2026

Background


Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, turut berkenan membantu menenangkan suami isteri itu tersebut yang parah. (Gambar Kesultanan Pahang)
PETALING JAYA:

Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah petang tadi berkenan membantu suami isteri yang parah dalam nahas jalan raya di Lebuhraya Pan Borneo, Sarawak.

Baginda sedang memandu ke Kuching dari Lundu apabila terserempak kemalangan melibatkan dua mangsa menaiki motosikal dengan sebuah kereta.

“Paduka baginda segera menitahkan agar ambulans yang bersama-sama konvoi membantu kedua-dua mangsa yang agak parah agar dibawa ke Hospital Lundu untuk mendapatkan rawatan,” menurut kenyataan Kesultanan Pahang di Facebook.

Al-Sultan Abdullah turut berkenan menenangkan pasangan berkenaan sebelum meneruskan perjalanan baginda ke Kuching.

Pada Januari, Sultan Pahang turut berkenan berhenti membantu seorang mangsa kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur, dan menitahkan pengiring polis baginda membawa mangsa ke Hospital…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post