
PETALING JAYA: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu suspek kes bunuh seorang wanita ditemui di tepi sungai dekat Jambatan Tanjung Lumpur, Kuantan ditahan segera.
Baginda juga mahu hukuman setimpal dikenakan ke atas pelakunya.
“Kejam dan tidak berperikemanusiaan,” titah baginda dalam hantaran di Facebook Kesultanan Pahang.
Terdahulu, Al-Sultan Abdullah diiringi Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berangkat menziarahi keluarga mangsa bunuh di Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.
